SELAMAT DATANG KE ILKSI

ucapan bismilah kami mulakan
salam pembuka kami hulurkan
selamat datang kami ucapkan

Alamat kami.

Institut Latihan KEMAS
Seri Iskandar
32610 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

Office:05-3712102
Fax :05-3712115
E-mail:ilksi@hotmail.com
Laman Web:http://www.kemas.gov.my
Laman blog:http://ilk-seriiskandar.com

Menyediakan perkhidmatan:
Tempahan menjahit pakaian wanita & lelaki,sulaman tangan dan komputer,
menyewa dewan dll

Jumaat, 30 Oktober 2009

PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA DI ABM

Seramai 3 orang pelatih ILKSI iaitu Surida Salim,Ummu Aisyah Basri dan Siti Sarah Rahmat yang akan menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia peringkat akhir di ABM,Jalan Chan Chow Lin. kesemua peserta dibawa oleh pemandu ILKSI,En.Raja Kamaruddin Diiringi oleh peserta akhir pertandingan kemahiran peringkat dunia di kanada,Suza Azlina Alias.permergian mereka kesana diiringi oleh doa kejayaan semua pelatih dan kakitangan ILKSI.Semoga kejayaan itu milik kita.
sebagai memberi sokongan kepada mereka bertiga kami telah mengadakan majlis bacaan surah Yasin pada hari selasa malam rabu.majlis tersebut juga sempena kejayaan kami di karnival komoniti kedaikom negeri perak pada sabtu baru-baru ini.

seramai 30 orang pelatih ILKSI akan ke ABM pada esok hari(30/10/09)pada jam 7.00 pagi untuk memberi semangat kepada mereka.
sama-samalah kita doakan kejayaan kita bersama.aminnnnnnnnn

Khamis, 29 Oktober 2009

PROGRAM PERSIJILAN DAN DIPLOMA JAHITAN KEMAS

program ini adalah cetusan idea daripada YB Dato'Seri Abd Aziz Shamsudin,Menteri KKLW supaya diwujudkan satu intitut latihan kemahiran jahitan yang diiktiraf hingga tahap dipolama bagi membantu peserta jahitan luar bandar tingkatkan kemahiran dan berdaya saing untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

dilaksanakan dengan kerjasama kementerian sumber manusia,UITM,Kementerian Pelajaran,Pusat-pusat bertauliah,KEDA,JHEOA,Kementerian Belia & Sukan dan lain-lain.

OBJEKTIF
menambah bilai kemahiran masyarakat luar bandar
membangun modal insan luar bandar
ke arah pembangunan 2020 dan 2057
mewujudkan sinergi latihan di antara agensi di bawah KKLW dan lain-lain agensi.

SIJIL YANG DITAWARKAN
terdapat 3 program yang ditawarkan iaitu:-
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

KELAYAKAN PESERTA:-
Hadir dengan jayanya dalam program bengkel jahutan KEMAS
peserta pusat latihan JHEOA yang memiliki SKM Tahap 1 dalam bidang berkaitan
Peserta KEDA yang memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan
lain-lain peserta yang layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

PUSAT LATIHAN
SKM Tahap 1 dalam bidang pembuat pakaian wanita-latihan di semua bengkel jahitan KEMAS
SKM Tahap 2 dan 3 Pembuat Pakaian Wanita-Insititut Latihan KEMAS Seri Iskandar,Perak
DKM Tahap 4 Eksekutif Apparel Dan Pakaian-Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar,Perak.

fesyen show

fesyen show